Nama Penuh: Muhammad bin Abdullah
Nama Glamer di Xfresh: Mat
Panggilan comel di rumah: GeeMat
Tarikh lahir: Pada kala malam mengambang penuh tahun 79
Zodiak: Ikan Keli


Tentang Saya

Warna mata: Saya suka warna mata Hulk
Warna rambut:Saya suka warna rambut Son Goku bila menjadi Super Saiya
Tinggi: Saya nak tinggi cam Predator
Bahagian badan paling digemari: Tak suka. Saya nak tukar dengan Optimus Prime
Berat badan: Seberat 100 tin Milo

Yang Saya Suka!

Watak kartun yang paling diminati sewaktu kecil: Saya pernah meminjamkan suara saya kepada Nobita tahun 86-87
Sukan kegemaran: Siapa boleh tidur paling lama
Sahabat baik saya adalah: Hobbes dari Calvin & Hobbes
Filem kegemaran: Kembara Seniman Jalanan
Penulis pujaan: Penulis dari majalah FHM

Personaliti Saya!

Kelemahan saya:
Banyak sangat, tak tau mana nak pilih

Saya takut kalau……:
saya jadi Hulk depan awak dan pakai seluar pendek

Dulu saya pernah diejek kerana……:
saya mengejek orang.

3 perkataan yang menggambarkan diri saya:
Bila hari hujan, saya mengembang, bila hari panas saya mengecut, bila hari hujan, saya tidur.

Perkara pertama yang saya fikir setiap kali bangun pagi:
macam mana nak tidur sejam lagi tanpa di ganggu.

Sewaktu kecil dahulu, saya adalah seorang….:
seorang manusia biasa. Tetapi 20 tahun kemudian, setelah terkena radiasi nuclear…setiap kali saya marah, saya akan menjadi…..

 

Ibu bapa saya:
adalah manusia paling cool di dunia. Lagi cool daripada saya!

Saya tidak boleh hidup tanpa:
Bernafas. Penting kan?

Dulu, saya suka sangat kat orang ni :
Tapi dia cakap saya terlalu pendek untuk dia


Apa saya akan buat kalau ada sepuluh juta Ringgit:
Beli XFRESH, jadikannya MAT FM

Saya pasti akan ketawa terbahak-bahak kalau:
perempuan kirim salam kat saya. Dia buta ke apa?

 

PROMO

GempaX di XFM

  • Tiket ke MTV World Stage 2011 untuk dimenangi. Jom Jom!
  • Pas ke Urbanscapes 2011 untuk dimenangi. Jom Jom!