Pengenalan

Malaysian Artistes for Unity adalah sebuah projek perpaduan kebangsaan yang bebas, tidak berpihak kepada mana-mana belah dan bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan.

 

Projek ini bermula pada bulan April 2008 dan mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkannya. Usaha yang murni ini adalah kerjasama para karyawan kita yang terlibat dalam industri seni tanahair. Para karyawan yang terlibat termasuklah penyanyi, selebriti, aktivis seni, media personaliti, pemuzik, penari, atlit, sutradara, pereka web, produser, juruteknik, penjayak, model dan ramai lagi.

Lebih daripada 120 karyawan Malaysia dari pelbagai lapisan hidup telah menyumbangkan masa, tenaga dan bakat meraka secara pro-bono dalam menghasilkan sebuah lagu dan muzik video untuk memupuk perpaduan bangsa di dalam negara.

 

Projek ini bertujuan untuk :

  1. Merakamkan lagu asal unity kebangsaan oleh artis yang berbilang kaum
  2. Menghasilkan klip video yang dijayakan oleh lebih dari 50 karyawan

Dan setelah siap, kedua lagu dan video ini akan disiarkan di media eletronik dan cetak dengan percuma, dan juga lagu dan video ini boleh dimuat turun melalui rangkaian internet.

 

 

Objektif

Projek ini adalah bertujuan untuk meraikan dan memartabatkan kepelbagaian bangsa dan cita-cita melahirkan Bangsa Malaysia. Projek ini adalah suatu hadiah daripada semua yang mengambil bahagian kepada rakyat Malaysia.

 

Lagu 'Here in My Home'

Lagu 'Here in My Home' yang dihasilkan oleh Pete Teo ini menampilkan 16 artis tempatan. Walaupun ia merupakan satu karya Bahasa Inggeris, lagu ini mempunyai satu seksyen berbilang bahasa yang disampaikan di dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Satu versi Bahasa Melayu sedang digubah oleh Afdlin Shauki dan versi-versi bahasa lain akan dilancarkan di dalam projek-projek berkaitan tidak lama lagi.

 

 

Muzik Video 'Here in My Home'

Muzik video ini dirakamkan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada the 24 April 2008 dan diarah oleh dua sutradara tersohor yang telah memenangi banyak anugerah iaitu Yasmin Ahmad dan Ho Yuhang. Seramai 16 orang penyanyi dan lebih dari 30 personaliti Malaysia yang membuat penampilan khas. Selain itu, seramai 40 orang juruteknik dan krew produksi juga menyumbangkan tenaga mereka.