Hujan
 

 

Hujan sebuah kumpulan Indie yang mula meletup dengan single pertama mereka ‘Pagi Yang Gelap’, mula mendapat tempat dihati pendengar apabila lagu-lagu mereka sering diputarkan dicorong-corong radio. Malah, lagu-lagu mereka juga turut mendapat permintaan yang tinggi sehingga lagu-lagu Hujan berjaya memanjat tangga-tangga carta muzik di Malaysia.


Dengan gaya muzik rock garaj berbahasa Melayu, melodi Hujan begitu cepat memikat halwa telinga pendengar. Mungkinkah kerana muzik mereka yang ringan serta mudah difahami ini berjaya membuka hati pendengar-pendengar muzik tanahair? Ataupun mereka sememangnya berbakat sehingga berjaya mencuri hati pendengar-pendengar? Lu orang pikir la sendiri..


Pada awalnya kumpulan Hujan ini dianggotai oleh Noh, Dimas, AG dan juga AM, namun diatas sebab-sebab tertentu Dimas terpaksa meninggalkan Hujan. Disebabkan Hujan terlalu banyak menerima jemputan gig, mereka terpaksa mencari pengganti Dimas. Ojoe, merupakan penyelamat bagi kumpulan Hujan. Namun jodohnya bersama Hujan tidak berpanjangan, Ojoe juga terpaksa pergi meninggalkan Hujan.


Kini Hujan dengan line-up yang baru dan mereka masih lagi dianggotai seramai 4 orang di dalam satu kumpulan. Hujan yang terdiri daripada Noh selaku vokalis, AM selaku pemain dram, AG selaku pemain gitar dan juga Nazirul selaku pemain bass. Keempat-empat mereka ini sememangnya mempunyai pengalaman serta knowledge yang bebeza-beza di dalam bidang muzik, apabila mereka digabungkan mereka muncul dengan muzik yang lebih fresh, cool serta menarik.


Diskografi Hujan:

 

1,2,3 Go!

Impak Maksima OST

Check Check Rock Rock

Support Our Local Acts!

UK Release