
Pop Shuvit

![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
Pop Shuvit mula menapak di arena muzik tempatan pada lewat tahun 2001. Dianggotai oleh Moots (vokal), JD (gitar), AJ (bass), Rudy (dram) dan UNO (turntables), band ini telah melahirkan 4 buah album yang cukup sukses dan dikenali seantero Asia seperti Jepun, Thailand dan Singapura. Sebuah band rock dan hip hop yang cukup bertenaga, Pop Shuvit turut terkenal sebagai sebuah band Hip Hop Rock di Asia.
Album debut mereka bertajuk 'Take it & Shuvit' telah berjaya memecahkan rekod apabila single pertama mereka 'Skaters' Anthem' telah diedarkan melalui Internet dan menjadi salah satu lagu tempatan yang paling banyak dimuat-turun dalam sejarah muzik Malaysia. Kerancakan dan kehebatan lagu tersebut telah mendapat perhatian pihak ESPN, yang telah melesenkan trek itu untuk digunakan dalam siaran Summer X-Games - dan telah mendapat berjuta hit seluruh dunia. Sebagai penghargaan kepada Pop Shuvit, ESPN telah memainkan video muzik dan trek lagu mereka sepanjang pertandingan tersebut.
Pada tahun 2003, Pop Shuvit telah mengedarkan album "Take it & Shuvit" di Jepun dan menjadi band Malaysia pertama yang berjaya mendapat tempat di carta muzik di Jepun. Sokongan hebat oleh pasaran muzik remaja di Jepun telah menjadikan kesemua trek di dalam album tersebut mendapat tempat Top 20 dalam jualan carta Tower Records (mengalahkan Linkin Park) biarpun tanpa sebarang promosi album. Kejayaan mereka mengedarkan album tersebut telah membawa mereka ke sesi jelajah di negara matahari terbit pada tahun 2005 untuk melancarkan album 'HERE & NOW' secara kecil-kecilan sekaligus menjadikan band ini terus berjaya dan menjadi buah mulut semua; di mana mereka merupakan satu-satunya band yang berjaya mendapat tempat di sana.
Hari ini, Pop Shuvit menjadi 'garis panduan' untuk band-band yang baru menapak di arena seni tanahair. Kemashyuran dan kehebatan mereka menjadi kebanggaan kesemua peminat muzik hip hop rock di seluruh Malaysia. Band ini cukup gah, malah ada yang takut untuk mendekati mereka. Bukan kerana mereka ini sombong atau terkenal, tetapi mereka punya cukup pengalaman beraksi di pentas-pentas dunia!









