Korang berpeluang untuk memenangi pas ke Urbanscapes 2011, bertempat di Padang Astaka, PJ>
Syarat-syarat penyertaan PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT UNTUK PAS KE URBANSCAPES UNTUK DIMENANGI! 1. Kelayakan: Pembelian dan pembayaran tidak diperlukan untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini. Peraduan tersebut dibuka kepada semua pengguna-pengguna yang telah mendaftar epass ("pengguna") dan tidak kepada pekerja-pekerja Airtime Management & Programming Sdn. Bhd ("AMP"), agensi-agensi Bersekutu dan keluarga-keluarga terdekat mereka. Pentadbir Peraduan ini adalah AMP. Untuk mendaftar sebagai pengguna, sila isi borang pendaftaran e-pass. Walau bagaimanapun bagi pengguna-pengguna yang sudah mempunyai e-pass, anda boleh memasukkan nama dan kata laluan secara terus bila ingin mengambil bahagian. Hanya satu kemasukan bagi setiap pengguna dibenarkan. Segala salinan borang kemasukan yang dihantar secara automatik, tidak dilayakkan atau dikeluarkan dari senarai pemenang hadiah. 2. Tempoh Peraduan: Peraduan ini akan dibuka bermula 04-July-2011 dan ditutup pada tengah malam 15-July-2011. Borang peraduan yang diterima selepas waktu yang disyaratkan adalah tidak layak untuk dinilai . 3. Penyertaan: Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, para peserta bersetuju secara penuh dan tanpa perjanjian bersyarat menerima kesemua peraturan dan syarat-syarat ini. Semua kemasukan akan menjadi harta Pentadbir Peraduan dan mungkin digunakan untuk tujuan pemasaran oleh Pentadbir Peraduan. Semua maklumat yang diberi oleh peserta-peserta boleh dikeluarkan dan disiarkan oleh AMP. 4. Hadiah-hadiah: Hadiah-hadiah adalah tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh dipindah-milik. Pentadbir Peraduan berhak untuk menukar hadiah-hadiah tanpa notis asalkan ianya bersamaan atau nilai jauh lebih baik. Hadiah-hadiah adalah merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat semasa yang mungkin akan dimaklumkan oleh Pentadbir Peraduan dari masa ke semasa. Semua pemenang-pemenang peraduan beragama Islam digalakkan untuk membawa ahli keluarga mereka yang terdekat atau yang muhrim bila menebus hadiah. Adalah lebih baik sekiranya pemenang-pemenang wanita tidak mengembara bersama kawan-kawan atau saudara-mara yang berlainan jantina. Setiap pemenang layak untuk satu hadiah sahaja. 5. Cabutan pemenang: Pemenang -pemenang akan ditentukan dengan pertimbangan oleh Pentadbir Peraduan berdasarkan slogan yang terbaik dalam bulan dimana penyertaan yang diterima. Keputusan pengadil adalah muktamad dan mengikut undang-undang. Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan. 6. Notifikasi: Semua pemenang akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang diberikan dalam borang pendaftaran online. Pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk memastikan profil atau biodata mereka sentiasa dikemaskinikan dan nama-nama dan alamat-alamat mereka adalah tepat bila dihantar ke Pentadbir Peraduan. Pentadbir Peraduan dan AMP tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas kelewatan, salah arah tujuan, hilang atau usaha-usaha yang tidak berjaya untuk memaklumkan kepada pemenang-pemenang. Pemenang-pemenang mempunyai lima hari bekerja (Isnin sehingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum) dari tarikh dimaklumkan untuk menyatakan atau memberitahu akan penerimaan hadiah, gagal berbuat demikian bermakna hadiah tersebut akan dilupuskan. Keputusan pemenang akan diposkan melalui laman web ataupun melalui pos biasa. 7. Mengambil hadiah: Selepas diperiksa dan disahkan dengan teliti nama pengguna, kata laluan, profil peribadi dan alamat e-mel pemenang, hadiah-hadiah akan diposkan kepada pemenang-pemenang. Pentadbir Peraduan menafikan dengan setegas-tegasnya sebarang atau semua kemungkinan yang timbul dari sebarang kehilangan atau kegagalan transmisi tiket-tiket . Semua pemenang-pemenang bersetuju untuk menggunakan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perdagangan atau promosi oleh Pentadbir Peraduan aatau AMP tanpa pampasan tambahan. 8. Penolakan Hak: Dengan mengambil bahagian dalam peraduan, setiap pengguna bersetuju bahawa Pentadbir Peraduan, AMP, pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawai, pengarah-pengarah, agen-agen, syarikat bersekutu-syarikat bersekutu, ibubapa, anak syarikat-anak syarikat dan wakil-wakil (Penaja-penaja Peraduan) tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab atas sebarang kemusnahan, kehilangan, kecederaan, hak, tuntutan atau sebarang tindakan yang berkaitan dengan peraduan atau yang timbul daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan,menyalahgunakan hadiah atau mengambil bahagian dalam peraduan, termasuklah tanpa limit, kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan-tuntutan berdasarkan pada hak-hak publisiti, fitnah atau campurtangan urusan peribadi atau privisi. Setiap peserta/pengguna bersetuju seterusnya yang penaja peraduan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas sebarang penyertaan yang lambat (termasuk transmisi data yang tertangguh), keputusan yang diubah, mengambil kenyataan bertujuan untuk mengaburi, tidak lengkap, salah tuju, hilang, merosakkan dengan menghilangkan kenyataan tertentu, tertangguh, rosak, dibuat salinan atau lain-lain yang tidak mengikut peraturan dan syarat-syarat. Penaja-penaja peraduan adalah tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kecederaan atau kerosakan ke atas komputer atau yang berkaitan milik pengguna atau individu atau penyebab terhadap kemasukan atau muat turun (downloading) bahan-bahan yang berkaitan dengan peraduan. Penaja-penaja peraduan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau hal yang tertinggal , gangguan, terpadam, kekurangan atau kecacatan, tertangguh dalam operasi atau tertangguh dalam transmisi disebabkan masalah teknikal, "hardware" , "Software" atau telefon yang tidak berfungsi dalam sebarang cara, perhubungan rangkaian yang hilang atau tidak didapati, kegagalan laluan komunikasi, kegagalan server atau gagal, tidak betul, tidak lengkap, tidak tepat , kenyataan yang diambil bertujuan untuk mengaburi atau komunikasi elektronik yang tertangguh disebabkan oleh Pengguna atau sebarang peralatan atau yang `programming'''' dan yang berkaitan dengannya atau digunakan peraduan ini atau kesesakan dalam internet atau pada mana-mana laman web atau disebabkan kesilapan manusian yang mungkin terjadi dalam memproses penyertaan dalam peraduan ini atau sebarang kombinasi yang disebut terdahulu. 9. Ketidaklayakan: Pentadbir Peraduan mempunyai kuasa atau hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana individu yang didapati mengubah proses penyertaann atau operasi peraduan atau laman web, bertindak melanggar atau mungkin melanggar peraturan dan syarat-syarat ini. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Pentadbir Peraduan juga berhak untuk membatalkan, mengubah, menahan atau menangguhkan peraduan tersebut jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan di luar kawalan. 10. Terma-terma dan syarat -syarat am. Peraduan ini ditadbir dibawah undang-undang. Peraduan ini tidak sah di mana ditegah atau dihalang oleh mana-mana undang-undang tempatan, nasional, negeri atau mana-mana undang-undang kerajaan. Peraduan ini juga tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat ini.